eBook Bervideo Panduan Pembuatan Coklat Buatan Tangan

eBook Bervideo Panduan Pembuatan Coklat Buatan Tangan bakal menemui peminat-peminat coklat tidak lama lagi. eBook Bervideo ini mengandungi 11 video Panduan Pembuatan Coklat yang Siti tunjukkan dengan jelas Langkah demi Langkah.


Video langkah demi langkah ini akan menunjukkan :

        02- Cara Buat Coklat Praline Plain
        06- Cara Buat Coklat Oreo Berwarna
        07- Cara Buat Coklat Oreo Edible

Video yang terbaik mungkin pernah dihasilkan bagi memudahkan para penggemar dan bakal usahawan coklat untuk mempelajari cara-cara pembuatan coklat buatan tangan dengan kos yang murah hanya dari rumah anda.

Anda pasti tidak akan rugi memilikinya ditambah pula dengan sistem support 24jam yang akan Siti sediakan kepada bakal-bakal pemilik eBook Bervideo ini nanti.

P/s : Istimewa untuk anda. Sekiranya anda menempah eBook Bervideo ini sekarang, anda berpeluang untuk mendapat potongan harga sebanyak RM10.00. Harga eBook Bervideo ini selepas dilancarkan nanti ialah RM100.00. Bagi 100 penempah terawal akan berpeluang mendapatkannya pada harga RM90.00 sahaja. Selepas itu, harga akan dinaikkan pada harga RM100 atau mungkin lebih lagi.

Jadi tempah sekarang dengan menghubungi Siti 013-6108551 atau emel ke fetty_2010@yahoo.com dengan memberikan maklumat seperti NAMA, ALAMAT, NO. TEL diakhiri dengan ayat, Siti, saya ingin menempah eBook Bervideo Coklat Buatan Tangan.

Ingat, Tempahan adalah percuma. Jadi anda tidak rugi apa-apa. ;-)


Pesan Siti, Kenapa anda perlu membeli eBook semata-mata pada nilai yang sama sedangkan anda patut mendapat lebih dari apa yang ditawarkan. Jadi nantikan kemunculannya tidak lama lagi...

eBook Bervideo Panduan Pembuatan Coklat Buatan Tangan 
(11 Video Langkah Demi Langkah yang akan menjadikan anda pakar membuat coklat serta-merta, InsyaAllah)





                    Assalamualaikum kepada peminat shocolats...Di harap maaf kerana sudah beberapa lama tidak mengedit blog ini kerana tiada kesempatan..Buat masa ini, siti masih lagi mengadakan class seperti biasa, cuma mungkin dalam pertengahan bulan julai siti akan berpindah ke terengganu kerana mengikuti husband balik ke kampungya..So, mungkin akan mengadakan kelas di bahagian pantai timur pula lah...
Pada masa yang terluang ini siti sertakan gambar-gambar kelas sepanjang bulan jun ini..

Kelas Coklat 19 jun 2011

Kelas kali ini dihadiri oleh kak Katilah dari Tmn Minang (Cheras) dan anak saudaranya Nurjannah dari Batangkali yang sedang sarat mengandung anak sulungnya...Kelas kali ini patutnya dihadiri oleh seorang lagi iaitu rakan kepada kak Katilah tetapi tidak dapat datang kerana demam denggi..Apapun, siti berharap agar beliau cepat sembuh...Nanti kak Katilah boleh tolong ajarkan.. :)



Kelas Coklat 11 Jun 2011

Hari ini siti menerima 4 orang peserta kesemuanya..Harap maaf sekiranya class pada hari tersebut kurang selesa kerana biasanya kelas memuatkan 3orang sahaja..Kesian Anis datang dari jauh dan tak tahu bila pula berkesempatan untuk datang ke kl lagi..Gambar di bawah ialah Anis dan sebahagian dari coklatnya kerana coklatnya masih berada dalam peti lagi..Lagipun hari dh petang, Anis dan family dia dah nk pulang ke Perak..So, siti ambil je gambar sebahagian coklat dulu.

 Anis dari Perak


Dari kiri: Kak Zalina dari Semenyih, Zura dari Putrajaya dan Kak Noranita dari Klang


Semoga mereka semua berjaya menceburkan diri dalam biz ini...Sekiranya ada apa-apa masalah, siti sedia membantu..Call or sms je bila2 masa..Kalau ada kredit, siti akan reply dgn segera.hehe

Kelas Coklat 9 Jun 2011

Pada hari ini kelas dihadiri oleh kawan baik siti semasa belajar di uia dulu..Maizura namanya, datang dari Manjung Perak dan bekerja sebagai seorang guru...Lama betul tak jumpa, makin comel lah..Nanti boleh buat biz coklat pula..Jual kepada student dan guru..Semoga Mai berjaya dalam biz coklat ini sebagai part time job beliau..amin


Kelas Coklat 5 Jun 2011

Kelas kali ini dihadiri 3 peserta kesemuanya iaitu kak Raihan dari Putrajaya,  Norzaini dari Bangi dan Tisha dari Shah Alam..Gambar kak Raihan diambil berasingan kerana beliau datang lebih awal dan sempat menghabiskan kelas terlebih dahulu. Jadi, xsempatlah untuk ambil gambar bertiga...Apapun, siti ucapkan tahniah kerana telah berjaya menghasilkan handmade coklat sendiri.
Kak Raihan dari Putrajaya


Norzaini  dari Bangi dan Tisha dari Shah Alam

Kelas Tart 28 Mei 2011

Kelas tart hari ini diadakan pada 2 sesi iaitu sesi pagi dihadiri oleh Kak Liz manakala sebelah petang pula dihadiri oleh Kak Ros dan Kak Rashidah dari Beranang..Tahniah siti ucapkan kepada mereka semua..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...